Program Hari Terbuka Pusat Internet Sg. Bandung

1 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 30. Jun. 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong telah dijemput untuk menjayakan program Hari Terbuka Pusat Internet Sg. Bandung. Tujuan utama Hari terbuka ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pekerja pusat internet di bahagia serian amnya serta mempromosikan lagi peranan Pusat Internet kepada komuniti setempat. Selain itu, MCMC melalui pusat internet juga ingin mempromosikan lagi kempen kitar semula e-Waste. Seramai 200 peserta yang terdiri daripada 15 buah kampung sekitarnya telah hadir untuk menjayakan program tersebut.

Program dimulakan dengan permainan yang berkaitan dengan kemahiran ICT dan diikuti dengan pemeriksaan kesihatan, ceramah kebakaran, kempen e-sisa dan diakhiri dengan majlis penutupan yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat ahli dewan undangan negeri Muara Tuang iaitu YAB Dato Haji Idris Bin Buang. Sebagai meraikan hari gawai dan hari raya pada tahun ini, peserta dan komuniti disajikan dengan majlis rumah terbuka Pusat Internet Sg. Bandung.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti
• Menjalankan ceramah KDB dan advokasi
• Memperkasakan kemahiran ICT dalam kalangan komuniti
• Mengeratkan hubungan sesame pekerja Pusat Internet

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
• Pendaftaran peserta pertandingan
• Pertandingan Connect the dot untuk kategori tadika
• Pertandingan Connect the dot dan puzzle KDB untuk kategori dewasa
• Pertandingan mengenal huruf Climbing 2 untuk kategori sekolah rendah
• Pertandingan menaip menggunakan aplikasi Typing. Com untuk kategori sekolah menengah
• Kempen e-Waste
• Ceramah kebakaran
• Pemeriksaan kesihatan dari klinik Tarat
• Majlis penangguhan program hari terbuka oleh YAB Dato Haji Idris Bin Buang
• Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali